#REVIEW Buku Biniku Ninja



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 


Assalammualaikum semua pembaca...

Salam 12 ramadhan..alhamdulillah hampir nak dekat dua minggu dah dapat merasai nikmat berpuasa di bulan Ramadhan tahun ini.Untuk post Sis kali ni hari nie sis nak jadi promoter boleh?? 
Boleh laa kan..
Ok memandangkan Astro Oasis di slot Raihana ade menayangkan Drama Biniku Ninja yang diadaptasi daripada novel Biniku Ninja pada Ramadhan kali ni,sis nak promote sikit ape yang best tentang Buku Biniku Ninja ni.Mungkin ramai yang dah tahu kewujudan buku ni disebabkan drama Biniku Ninja tu kan..betul tak??
Tapi mesti ade yang tak tahu lagi tentang buku dan Drama ni lagi la kesian..
Haaa kalau nak tahu ape yang best dalam buku ni meh baca sampai habis sedikit sinopsis Buku Biniku Ninja..haiyakkk!!

Novel BINIKU NINJA ini ditulis oleh Azlan Andi iaitu seorang backpackers yang pernah viral pada tahun 2015 dan Beliau viral kerana berkahwin muda dengan Sabatini Dzue iaitu juga penulis buku Ku Temu Hijrah Di Eropah, hanya selepas tiga minggu berkenalan lalu terus berkahwin.Orang kate biar halal lagi baik daripada couple merosakkan hati dan maruah.Dalam novel ni Azlan Andi mencurahkan ilham penulisanya berdasarkan kehidupannya sendiri dan pengalamannya bersama Sabatini Dzue dalam menempuh segala suka duka alam perkahwinan bersama-sama.Dalam novel ini juga penulis ade menceritakan kisah travelnya bersama si isteri di pelbagai negara.

Bagi sis tak rugi baca buku ni sebab penulis bukannya menulis cerita dongeng tapi menulis kisah yang telah terjadi kepada dirinya sendiri.Ia dapat memberi inspirasi kepada pemuda zaman kini yang ingin travel dan memahami erti cinta yang diredhai oleh Allah.Cinta itu tidak perlu dipupuk sebelum berkahwin malah lebih indah jika ia dipupuk selepas bernikah.Bagi sesiapa yang berminat nak buku ni boleh dapatkan di kedai-kedai buku berdekatan.

Akhir kata untuk penulisan sis kali ni,Jodoh itu ada setiap orang cuma lambat atau cepat..janganlah kamu risau..Allah akan jaga jodohmu jika kamupun juga menjaga diri dan mentaati perintah Allah.

Sekian dari sis..Salam Ramadhan Kareem 1438 hijrah..

Wallahu'alam.

Ulasan

  1. ni yang jihan dengan ungku hariz belakon tu kann

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup @jasyZlyn drama nyer best sgt

      Padam
    2. yup @jasyZlyn drama nyer best sgt

      Padam
  2. http://shahiraharmy.blogspot.my/2017/06/segmen-jom-tambah-follower-blog-my.html join segmen ni and dapat tambah follower

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular