Pencemaran Alam Sekitar- #Cabaran Blog Pengguna


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 



Image result for pencemaran alam sekitar di malaysia 2017


Hmm..suatu hari masa sis di pasaraya nak bayar barang-barang di ruang cashier..
Satu persatu barang diambil discan oleh juruwang RM2.50..RM5.99...RM12.70...RM bla..bla...& semuanya RM 43.80.Ok RM 50 dihulurkan kepada juruwang itu dan tiba-tiba sis hairan kenapa tidak diberi plastik untuk diletak barang-barang yang sis dah beli..??
Ouhh...ok lupa hari sabtu takde plastik..
Juruwang tu pun tiba-tiba tanya " Kak...kalau nak plastik 20 sen.." 
sis pun jawab " Eh..Takpe2  barang saya sikit je"

Assalammualaikum..semua pembaca
Ok tadi tu intro..Sudilah untuk baca sampai habis yer..tak rugi pun..ilmu ni kita semua memang tahu tapi tulah segelintir masyarakat mengambil perkara ini remeh dimata.
Kat sini nak citerlah sikit yang fungsi kerajaan menetapkan penggunaan plastik di semua pasaraya. Ade hari tertentu je yang boleh guna plastik. Fungsi penetapan itu dibuat adalah untuk mengurangkan pembuangan palstik di merata-rata tempat.Korang sanggup ke tengok gambar kat bawah tu haa...


Kesian penyu-penyu tu mungkin penyu tu ingatkan obor-obor disebabkan pastik itu kelihatan jernih seperti obor-obor.Plastik yang dihasilkan dengan pelbagai bahan kimia boleh menyebabkan haiwan-haiwan eksotik ini mati.Sanggup ke korang menjadi pembunuh kepada haiwan.Fikir-fikirkan...

Ok yang itu baru pencemaran plastik kepada haiwan kecintaan alam sekitar negara kita.Kalau sis nak citer pasal kesan-kesan & jenis-jenis pencemaran alam sekitar,mesti cam cliche kan..rase cam dah berbuih-buih mulut pemberita..cikgu..penceramah..orang ramai cakap pasal ni.Lagipun memang dah banyak sangat laman web dan blog yang dah tulis pasal semua tu.Bagi sis untuk penulisan blog kali ni sis nak merungkai apa itu perkataan disebalik Alam Sekitar..
ALAM SEKITAR...segelintir masyarakat tidak mengambil endah akan perkataan ini muncul dihadapan akhbar ataupun iklan bagi mereka perkara ini tidak penting.Mereka lebih sibuk berfacebook..berinsta..berwasap..berwechat...ish..ish..

Pendapat sis sendiri ALAM itu adalah perkataan yang digambarkan seperti perkataan علمو (ilmu) cuma dibuang huruf 'wau' tinggallah huruf 'alif"..'lam'..dan 'min' jadilah 'alam'.Kat sini apa yang dapat sis rungkaikan bahawa alam ini dicipta oleh Allah yang mempunyai sifat 'ILMU' dan alam ini juga terbentang luas dengan pelbagai ilmu dan takkan habis seperti lautan luas yang tiada penghujungnya.Maksudnya disini tidak gunalah menjadi seseorang manusia berilmu belajar tinggi-tinggi sampai peringkat ijazah..master..phd tidak mempunyai kesedaran dalam menjaga alam sekitar dan mengambil perkara ini hal yang tidak serius.Itulah dikatakan ilmu yang dipelajari tidak dihayati dan dimanfaatkan.Sia-sia sahaja selama ini bertungkus-lumus belajar.Jangan salahkan seorang guru atau pensyarah yang tidak mengajar tentang adab penjagaan alam sekitar.Alam ini perlu dijaga oleh semua penghuni bumi dengan baik dan makmurkanlah bumi agar darat kelihatan hijau,langit kelihatan biru cerah,udara segar dihirup tanpa bunyi bising-bising kan best gituu..

Pendapat bagi perkataan SEKITAR apa yang terbayang difikiran sis adalah satu kitaran bagaimana hujan itu turun ke bumi menjadi air..mesti korang tertanya-tanyakan ape kaitan??
Sekitar tu sekitar kita laaa..kawasan tempat tinggal kita..
Bukan...
apa yang ingin sis rungkaikan melalui pendapat sis disini ialah sekitar itu digambarkan seperti kitaran air hujan kerana daripada situ kita nampak bahawa Allah bukan sengaja menurunkan hujan..semua itu dijadikan kerana ingin memberi manusia hidup sempurna dengan penggunaan air.Maksudnya disini melalui hujan wujudlah sungai dan ia menjadi tanggungjawab manusia memelihara sungai dan laut untuk kegunaan air dalam kehidupan seharian.

Maka dapat disimpulkan disini..bahawa ALAM SEKITAR itu bukan sekadar perkataan malah ia boleh memberi mesej dan nasihat kepada orang ramai akan penjagaan alam sekitar.

Setakat ini sahaja penulisan sis untuk kali ini harap ilmu yang disampaikan menjadi pengajaran dan manfaat untuk semua pembaca...

Wallahu'alam.

Ulasan

  1. perkongsian yang menarik. alam sekitar ni harus dijaga, sebab bukan kita je yang menghuni, ada byk lagi makhluk lain

    helloaiman

    BalasPadam
  2. Alangkah bagusnya kalau semua org berkesedaran utk Jaga alam sekitar kan

    BalasPadam
  3. moga lebih ramai diberi kesedaran

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular