Hidupkan 10 malam terakhir Ramadhan


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 




Hai Assalammualaikum...semua 

Alhamdulillah hari ni dah masuk 21 ramadhan dan kita telah melepasi dua hari dalam fasa ramadhan yang terakhir..Allahu..sekejapje kan nak habis dah puasa.Sementara free ni nak share sikit perkongsian tazkirah oleh seseorang Uztaz.Beliau telah menceritakan beberapa tips dan amalan yang kita boleh buat untuk menghidupkan malam 10 ramadhan terakhir.Amalan-amalan ini tidak rugi kalau kita buat sebab mana la tau kan dengan kita beristiqamah dalam menghidupkan 10 malam terakhir ramadhan dengan beribadah kpd Allah kita dapat malam lailaltul qadar...Allahu.Meh kita baca sampai habis..

Kata Ustaz..
Amalan yang pertama kita boleh buat adalah mandi diantara waktu maghrib dan isyak.Amalan ini dilakukan oleh baginda Rasulullah S.A.W sendiri untuk menyegarkan badan supaya dapat mengerjakan ibadah pada malamnya dengan bersungguh-sungguh kerana Allah.
Yang kedua berikitikaf di masjid.Tips ini kalau boleh buat sekurang-kurangnya sekali sudah memadai dan melakukannya ikhlas semata-mata kerana Allah.
Yang ketiga tidak mendekati isteri (Uzlah).Maksudnya kt sini bukan jauh drpd isteri tu sampai tak bercakap haha..nanti lain pulak jadinye jenuh nak pujuk haaa...
Beruzlah ni suami isteri tidak boleh bermesraan..dan faham-faham la kan...
Tips ini dilakukan adalah untuk menfokuskan diri beribadah pada malamnya semata-mata kerana Allah.
Yang keempat berzikir kpd Allah.Berikut antara zikir yg disarankan.

1.Lafaz lailahaillallah 1000x
2.Lafaz Astaghfirullah 1000x
3.Selawat ke atas nabi 1000x

Waaa...banyaknye..sempatke habis?? Ala sambil tengah masak nak berbuka tu boleh juga buat..yang tengah duk buat kuih raya tu sambil tu dalam hati pon boleh habiskan zikir kt ats tu..
Sis cadangkan lepas solat boleh buat 50 kali dan kalau dicampur semua lima waktu dah jadi 250kali...kan banyak tu..ok yang lebih tu boleh buat yang sis kate sambil-sambil tu sambil bawak kereta,sambil kerja,sambil berjalan dan carilah masa untuk berzikir di waktu yang lapang.
"Orang yang basah bibirnya kerana berzikir kepada Allah"

Yang kelima baca surah al-Ikhlas 25 kali.Bak kata uztaz..yang lebih baik 1000x tapi kalau tak mampu 25x sudah memadai.Ok yang terakhir..bersedekah.Tidak hairanlah amalan sedekah ini tidak asing lagi di bulan Ramadhan kerana besar ganjaran pahalanya disisi Allah orang bersedekah dibulan ramadhan.Cakap bab sedekah ni boleh dibuat diberi dgn berbagai bentuk salah satunya memberi makan kepada orang yg berpuasa.Harta kita bukan milik kita,harta kita milik Allah sebaliknya berkongsilah harta bersama orang lain iaitu dengan bersedekah barulah menjadi saham kita diakhirat.

Setakat ini je yang sis ingat dalam tazkirah tu tapi kalau korang ade nak tambah or kongsi lagi boleh komen dibawah dan kalau ade salah dalam perkongsian ini harap dapat memperbetulkan dgn komen post ini dibwah yer..

Semoga setiap amalan yang dilakukan dibulan Ramadhan 2017 kali ni diredhai oleh Allah dan ibadah puasa kita diterima oleh Allah..Aminn..

Salam Ramadhan Kareem 1438 hijrah..#21Ramadhan

Wallahu'alam.

Ulasan

Catatan Popular