#3 KMPdihatiku


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 


Assalammulaikum & hai semua pembaca...

Tanggal 9 Mei 2017...
berakhirlah sudah perjuangan anak-anak muda Generasi 17 ini di Kolej Matrikulasi Perlis..segala memori pahit,manis,masam mencuka,masin haa semua jenis rasa yg dirasa dihati..akan kami savekan dalam galery ingatan dan tidak lupa juga segala pesanan dan nasihat oleh para pensyarah akan kami ingat dan tersemat dihati masing-masing..
Aku..
Pada hari terakhir tersebut melihat rakan-rakanku riang dan 
aku turut bersama gembira kerana telah tamat peperiksaan akhir di kmp..tapi..
apakan daya disebalik keriangan itu aku sedar bahawa aku akan meninggalkan bumi matrikulasi perlis ini dalam beberapa minit lagi kerana aku melihat kelibat kereta ayahku.
Aku teruja apabila melihat kelibat itu kerana sekian selama sebulan lebih aku tidak berjumpa ibu dan ayahku.Aku terus ke pangkuan ibu dan ayahku menghulurkan tangan dan salam ciuman sebagai pengubat kerinduan.Aku mengangkat satu persatu barang-barangku dari bilikku A2 204 untuk dibawa turun ke kereta.Dalam hati kecilku berkata sambil mengangkat barang aku masih tidak percaya adakah benar aku ini akan meniggalkan tempat ini Ya Allah...tidak pernah aku merasakan perasaan seperti ini apabila ingin meninggalkan sesebuah tempat..selama ini aku juga pernah tinggal di asrama dan meninggalkan sahabat-sahabat yang aku sayang dan perasaan ketika itu tidak seberat perasaan tika meniggalkan kmp..
diKMP..
banyak perkara yang mengajar aku dari segi persahabatan..mengatur masa..pengalaman dan ia mematangkan diriku untuk melangkah ke peringkat seterusya.
Usai mengangkat barang-barangku..aku terus meminta izin kepada ibu dan ayahku ingin berjumpa dengan rakan-rakanku buat kali terakhir dikmp.Aku terus menuju ke bilik sahabatku yang paling akrab sepanjang di kmp.Aku mengetuk pintu biliknya dan diapun membuka pintu biliknya.Sayu aku melihat mukanya dan akupun mendakapnya dan mengucapkan kata-kata maaf .. jaga diri dan selamat tinggal dirimu wahai sahabat dengan menahan sebak mengalir air mata akupun bergegas turun dari blok..dan tiba-tiba terdetik dihatiku tercari-cari rakan-rakan sebilikku sebelum melangkah kereta..tidak disangka muncul dua orang rakan sebilikku dan seorang lagi tidak muncul di saat-saat akhir itu mungkin kerana dia sibuk dengan rakan-rakan sekelasnya untuk kali terakhir..aku memeluk mereka mengucapkan salam akhir dan kata-kata maaf..sehingga bertemu lagi wahai rakan-rakanku..

Aku menuju ke kereta menahan sebak kerinduanku untuk rakan-rakanku dikmp..Apabila bergerak kereta ayahku itu aku merenung di luar tingkap melihat persekitaran blokku iaitu kediaman asramaku dikmp..selamat tinggal blokku A2 Komsas Siti Fatimah mencipta pelbagai kenangan yang terindah di sepanjang aku dikmp.Aku merenung lagi melihat pondok waqaf dihadapan blokku..disitu juga aku menghabiskan masa bersama rakan-rakanku berbual-bual...meraikan hari lahir...menyiapkan tugasan..dan banyak lagi..di saat-saat akhir itu aku ternampak kelibat dua orang rakan ku juga yang rapat denganku bersantai di pondok itu lalu aku menyahut memanggil nama mereka dan melambaikan tanganku sambil terpancar senyum tawaku untuk menghilangkan sebak dihatiku ingin meninggalkan bumi kmp ini...Aku terus melihat lagi pemandangan disepanjang jalan melihat buat kali terakhir blok pensyarah..padang kmp yang juga merakamkan pelbagai saat-saat yang indah kita bersama-sama gen 17 kmp..sebelum keluar aku dari pagar kmp itu aku turun daripada kereta ke pondok pengawal menyerahkan sehelai borang berwarna merah kepada penjaga dihadapan pondok pengawal itu.Serah borang itu menandakan aku bukan lagi pelajar kolej matrikulasi perlis dan secara rasminya aku menjadi alumni kmp untuk generasi ke 17.
Sayonara kmpdihatiku....


huhu...sedih tak kisah sis kali ini..sis sampai sekarang tak boleh move on lagi pasal kmp ni..entah la sebab apa perasaan ni tak boleh buang masih terkenang-kenang macam-macam memori kt kmp..
Alhamdulillah sis rasa bersyukur akhirnya dapat jugak habiskan pengajian dikmp selama 9 bulan..segala penat lelah menghabiskan tutorial..assignment..presentation..study tuk final exam..akhirnya sis puas hati dapat curahkan semua ilmu yang sis dah belajar di atas paper exam dan alhamdulillah dapat jawab kesemua soalan dengan mudah tapi tak semualah hihi ade certain  soalannye susah...huhu walaupun susah jawab la jgak mana la tau jwpn tu betul..haa
Lepas habis exam jgn let it go je gituu ilmu yg dh kita blajar sebaiknya manfaatkanlah ia di masa hadapanmu..
ok setakat ini dahulu kisah sis dikmp 
ok nanti in syaa Allah ada update terbaru lagi...
Wallahu'alam

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular