#4 Tersuka Tanpa Sengaja




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 


Assalammualaikum & hai readers...

Haa!! Sebelum ana gi sambung belajar nie perkongsian terakhir untuk #Tersuka Tanpa Sengaja.

Be like Laila

Laila hanya diam mendengar mereka bercerita tentang dia.
"Dia baik sangat, hormat perempuan, tak pernah tengok dia berkasar,"
dalam hati Laila berdoa, 'ya Allah, jadikan lah aku lebih menghormati semua manusia, dan lebih taat kepadaMu, seperti dia."

Dan kadang-kadang Laila terpandang bila dia berurusan dengan kawan-kawan yg perempuan. Dia tunduk saja, tapi tetap nampak hormat. Laila cuba cari info tentang menjaga mata, dan mula amalkan. Tiada usya mengusya, tiada curi pandang atau apa saja. Laila berdoa agar lebih jauh dari maksiat, seperti mana si dia yang juga sedang menjaga diri dari maksiat. Laila yakin, Allah mendengar harapannya.

Dan kadang-kadang, ada jugak rasa rindu. Walaupun tak tahu macam mana boleh ada. Tapi bila teringat dia, Laila rasa nak berusaha, teruskan langkah untuk menjadi lebih baik. Dalam diam, Laila kagum dengan dia yang hebat dalam agama, so Laila pun nak jadi hebat, biar mereka setaraf. Dia hebat dengan akhlak. Laila pun nak jadi berakhlak mulia, supaya mereka selevel. Tak wujud bagi Laila rindu yang buat dia terseksa. Sebab walaupun Laila kagumi dia dalam diam, dalam doanya bukan nama si dia yang Laila sebut. Sebaliknya,

'Ya Allah, pertemukan lah aku dengan insan yang terbaik di kalangan hambaMu'

Laila yakin, Allah maha mengetahui apa yang akan berlaku pada masa depan. Mungkin sebenarnya si dia hanya wujud sebagai pendorong, bukan pembimbing. And Laila redha...

Dah hbis baca ke....

Ok bagus x cara Laila?? Bagus kan..mcm tulah sebenarnye kaum Hawa menjaga hati dan perasaan.
In syaa Allah perempuan yg baik untuk lelaki yg baik..

Hmmm..ana dh kesuntukan masa nie nk menaip lama-lama..huhu
tpi apa-apa un ana harap korang bacalah semua #Tersuka Tanpa Sengaja.
Semoga smpai ke hati korang ...
Doakan ana dipermudahkan segala urusan di tempat belajar ana nanti...
Mungkin blog nie akn sunyi untuk beberapa hari?? bulan?? huhu x tahulakan.
Lepas nie dah busy belajar...Klau ade masa ana akn update blog nie In syaa Allah..

Ok kesimpulannye......

Cinta itu sepatutnya menguatkan.
Kalau rasa makin lemah dgn rasa suka, tu bukan cinta

Cinta itu sepatutnya membina jiwa yang sabar
Kalau asyik rindu smpai menyesakkan, tu bukan cinta

Cinta itu sepatutnya mekarkan doa dan tawakal,
Kalau makin kerap cari tahu dan tak habis2 berperang dengan jiwa, itu bukan cinta

Cinta ni tak perlu ada dia depan mata
Tapi asal dia happy, kita pun happy

Tahu tak, yang Cinta ni MAGIC....
Dan Cinta ini BENCANA
Terpulang kepada cara hamba Allah itu mengurusnya...

Sekian Tamat #Tersuka Tanpa Sengaja

Wallahu'alam...

Sumber dari Usrah Daiepreneur
-Pejuang agama Allah itu akan terus maju kehadapan,
dengan kamu,atau tanpa kamu.
~Hasan al-Banna~

Ulasan

  1. nice sharing
    btw, jemput join GA http://www.nurinaizzati.com/2016/06/madinah-and-vietnam-souvenirs-giveaway.html

    BalasPadam
  2. Hai..anda telah ditag ^^

    http://misskitty12.blogspot.my/2016/06/giveway-shawl-raya-by-aryana-couture.html

    BalasPadam
  3. slmt datang ke kmp...2016

    BalasPadam
  4. salam, hi jemput singgah blog bace new entry jom! ^^ http://iamfieonafieridz.blogspot.com

    BalasPadam
  5. hai.. nice entry.. best crita nie.. keep it up.. :)

    http://duniataipmenaip.blogspot.my/

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular