#3 Tersuka Tanpa Sengaja


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 


Assalammualaikum dan Hai readers...
Huhu sory klau lambat update entry biasala ana dah busy sekarang nie tengah prepare nak pergi sambung belajar di Kolej Matrikulasi Perlis.Ana harap korang baca yer sampai habis #Tersuka Tanpa Sengaja nie..Dakwahku Duniaku
So, meh baca sambungan Efa......

Bila Iman Berbicara........
'Haa ape nak reply ni? Tanak la nampak terhegeh sgt, tp biasa-biasa aja' Efa memerah otak. Tiba-tiba, imannya bertutur. 'Efa, kalau dia soleh, dia takkan mesej engkau untuk perkara lagha.' Zuppp, Efa tersentap. Allahu.....

Mesej didelete. Paling drastik, no Bad dipadam terus. Efa tekad. Dia ingin suka kerana Allah. Tapi bila macam ni yang jadi, dia mula ragui Bad. 'Habis tu dengan perempuan lain, dia duk mesej ke? Mungkin dia selamba aje mesej sesapa yg dia nak untuk berlagha. Sedar la Efa, kau bukan kenal dia pun. Dah la tu. Stop suka Bad' Ika hampir menangis. Nyilu rasa dalam dada. Semua pemikiran berperang. Tapi dia tetap akan menangkan imannya. Itu janji dia.

Sedang makan berseorangan, terdengar Syikin bersembang di depan mejanya. "Hahaha aku kenal Bad tu dari tadika. Bad ni, jenis yang baik dengan semua perempuan, silaturahim la katanye hahaha" Jantung Efa berdegup kuat, dan perasaan aneh yg menyakitkan. "Eh hai Efa, sorang aje makan?" Syikin menyapa. "Eh manade, ade awak, kawan awak, cerita awak, ha lengkap semua hahaha" "Laa awak pun dengar ke hahahahaha aduhai mati la kalau Bad dengar." Syikin pura2 cemas sambil ketawa kuat. Padahal di kafe itu hanya Efa, Shikin dan kawannya.
"Ehem, btw, kenapa cerita pasal Bad tiba-tiba ni?" Efa try masuk line. "Oh Bad tu, banyak sgt org minat kat dia, sebab dia atlet la baik la ape la. Takyah la weyh, dia tu memang baik ngan semua perempuan. Padahal die bukan minat pun haha. Dia yang cakap kat aku," selamba Syikin cerita. Efa mengawal muka, walaupun dadanya sakit dengan rasa nyilu. 'Apa lagi alasan hati ni nak sedapkan Efa. Dah la tu suka dia. First, dia bukan serius pun. Second, cara dia approach kau tak soleh. Third, boleh pulak dah tahu akan sakitkan hati orang, main mesej-mesej pulak. Apa la perangai'

Efa asyik merenung situasinya kini. 'Allah, inikah petanda?' Walaupun Efa rasa ini pertama kali dia suka seseorang dengan sebetulnya, tapi Efa sedar, suka sahaja tak cukup. Banyak lagi benda yang perlu dipertimbangkan. And Efa putuskan, untuk melepaskan Bad, walaupun sangat menyakitkan. Would you do the same ukhti?

Meh tngok ape sebenarnya faktor Efa jadi serabut nih.....

Tapi kali ini, kita hanya akan berbincang tentang faktor MATA sahaja.
Kerana orang tua2 berkata;
Dari mata turun ke Hati

Ulama berkata;
Ibnul Qoyyim berkata,
'.... Pandangan merupakan sumber munculnya kebanyakan malapetaka yang menimpa manusia, kerana pandangan melahirkan detikan hati,
kemudian berlanjutan lalu menimbulkan pemikiran (renungan/lamunan),
lalu pemikiran menimbulkan syahwat,
kemudian syahwat melahirkan keinginan,
kemudian menguat kehendak tersebut hingga menjadi ‘azam/tekad (keinginan yang sangat kuat),
lalu timbullah tindakan –dan pasti terjadi tindakan tersebut- yang tidak sesuatupun yang mampu mencegahnya.

Dan Nabi berkata;
 “Pandangan adalah panah beracun dari panah-panah Iblis.  Barangsiapa yang menundukkan pandangannya dari keelokkan wanita yang cantik  kerana Allah, maka Allah akan mewariskan dalam hatinya manisnya iman sampai hari kiamat”.

Most of all, Allah berkata;
 'dan katakanlah kepada para wanita yang beriman, “Hendaknya mereka menahan sebagian pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka…..'
(An-Nur, ayat 31)


So, kenapa??Why??

Kerana ni , antara step pertama sebelum bermaksiat , setuju takk?

Saat pandang pertama, alamakk jatuh cinta sampai terlupa tundukkan pandangan

Or, sebab terlalu banyak memandang (especially dgn kawan2 lelaki/ stalk di laman sosial), sampai tiba-tiba satu masa, hati kata, alamakk jatuh cinta sampai terlupa halal dan haram

Tak caya? Ok cer bayangkan, bila berjalan kat tetengah org, kita tak pandang straight ke muka laki mana-mana, hanya pandang dunia aja, ask yourself, ada tak kemungkinan terSuka sesapa?
Lol nak suka cemana, muka pun tak nampak..kuikui

Or, bila terserempak dgn Crush, kita tak tengok lansung muka dia and buat cam biasa aje, (memang ada kemungkinan jantung nak terkeluar kihkih) tapi tidak terlibat dengan maksiat mata kannnn.
Haa!! kan seronok tuu, bila kita lebihkan perintah Allah drpda dia
#weloveAllah

Pokoknya, kalau dari awal , pandangan ditundukkan, nafsu dijinakkan, mesti tak jadi sasau dengan masalah SUKA ni

Nampak tak betapa besarnya effect ni...

Ibnul Qoyyim berkata;
'.....Oleh karena itu dikatakan, “kesabaran untuk menundukan pandangan lebih mudah, daripada kesabaran menahan kepedihan yang akan timbul kelak akibat tidak menjaga pandangan

So amacam faham x setakat nie...mudah-mudahan sampai ke hati...

 Ok..Meh perhati Cara Para Solihun Jaga Pandangan

A) Ar-Robi’ bin Khutsaim selalu menundukkan pandangannya.
 (Pada suatu hari) lalu di depannya sekelompok wanita, maka dia pun menundukkan kepalanya sehingga para wanita tersebut menyangka bahawa dia buta. Para wanita tersebutpun berlindung kepada Allah dari (ditimpa) kebutaan
 - dikisahkan oleh Sufyan.

B) Dari Abdullah bin Abi Hudzail berkata, “Abdullah bin Mas’ud masuk dalam sebuah rumah mengunjungi seseorang yang sakit, beliau bersama beberapa orang. Dan dalam rumah tersebut terdapat seorang wanita maka salah seorang dari mereka, orang-orang yang bersamanya memandang kepada wanita tersebut, maka Abdullah (bin Mas’ud) berkata kepadanya,

“Jika matamu buta tentu lebih baik bagimu”"

Ini pula ketika zaman jahiliyah, yang belum ada cahaya Islam
'Antarah bin Syaddad, seorang penyair berkata:
“Dan aku pun terus menundukkan pandanganku tatkala tampak isteri tetanggaku sampai masuklah dia ke rumahnya"

Syaikh Abdurrazzaq bin Abdilmuhsin Al-’Abbad –Hafidzohumulloh- berkata,
”Inilah salah satu akhlak mulia yang dipraktikkan oleh orang pada zaman jahiliyah, namun yang sangat merisaukan justeru kaum muslimin di zaman sekarang meninggalkannya.”

Okeh, lalu kita di mana?
Salah fitrah kah kita bercrush?
Atau salah MATA kita, yang tak pandai dikawal Muhasabah semula

Urus Mata dengan Baik yer....

Level 1- (Belum ada Crush)
- Tundukkan pandangan mata , dan elakkan eye contact  tanpa urusan.
- Kurangkan kerap memandang urusan ikhwan, biarkan aje depa  (eg; usya depa main bola dll.)
- Awassss Laman Sosial, jangan stalk atau tengok gambar boys tanpa sebab. Ilmu fly away nanti
- Jgn biasakan lepak ngan boys. (For those yg kbetulan mmg jiwa kelelakian and mmg boys yg suka lepak ngan die, tryyyy ngelat okehh. Yepp mmg sukar tp kita MUJAHADAH ye)

Conclusion: Hidup aman bersama Allah, Rasul, Keluarga, Akhowat, tanpa perlu risikokan diri dengan perasaan 'aneh' yg menusuk kalbu.


Single is Superb‼

Level 2 - (Dah ada Crush)
- Jangan stalk laman sosial dia and then bina harapan
- Tak perlu berusaha kenali dia dengan mendalam. Untuk apa lagipun?
- Jangan pandang senyap-senyap, jangan tengok setiap gerak laku, jangan awasi pakaian, makanan dan aktiviti kegemarannya.
- Jangan berusaha untuk berurusan dengan dia. Jangan cari sebab untuk komunikasi. For what semua usaha tu? Pahala ka?
- Fikirkan, kenapa ada crush? Adakah bermanfaat?

Conclusion: Cinta sewajarnya menguatkan. Kalau ada crush, pastu kita yang jadi separuh mati memendam dan mengejar, itu cinta atau gila? Muhasabah diri, am i that desperate?

Apa lah salahnya suka dalam diam? Baik kita sulamkan dengan doa dan usaha menjaga pergaulan yang tinggi, untuk 'mengambil hati' Allah, agar mengasihani kita dan mengabulkan keinginan hati...barulah sweet gitu hahaha sungguh puitis ayatku


Level 3- (Err.. tercouple)
- Perlahan-lahan, berundur lah dari kesilapan itu saudara-saudaraku sayang.
- Cuba cari jalan yang Allah berkati. Cuba jadi pasangan yang Allah berkati.
- Renungkan tentang apa yang kita inginkan, dunia dan akhirat. Dunia ini sangat luas, masih banyak yang boleh kita capai dalam usia muda.
- Mujahadah dan berdoa kepada Allah, agar dihindari dari Maksiat. Ingat janji ini, yg baik untuk yg baik.
- Cinta ni, bukan setakat kahwin aje, tapi dalam seluruh hidup, smpai akhirat. Fikirkan, adakah aku layak ke syurga Allah? Adakah dia nmpak macam boleh bawa aku ke syurga Allah? Ataupun angan-angan kita jaa..hmm

Level ni paling sukar untuk diterangkan. Sebab banyak sgt faktor org bercinta, and of course, semua akan manis belaka.
 Sedangkan madu yg dicuri pun masih kekal rasa manis, walaupun ia haram dimakan. Dan dgn keizinan Allah untuk kita couple, tak bermakna Allah redha kita couplekan. Ingat!!tu...

Uolsss, raaaaamai couple yg berkahwin. Soalan ana, tahu tak, berapa ramai pasangan bercerai? Terlalu ramai
Ingat!!Kita jaga hak-hak  Allah, Allah akan jaga urusan kita dunia akhirat.In syaa Allah..Aminn

Ehh,,,Jangan letak dalam kepala, 'lelaki soleh dah tak ada zaman ni. Semua nmpak gedik je kat laman sosial'. SALAH.
Sebab...... yg soleh tu, dia tak gedik kat laman sosial.
Dia di luar, sdg berjuang di jalan Allah… Yakin lah!!!!

Level 4- (Bantu orang pulak)
- Kita jaga mata kita, dan tolong orang lain jaga mata juga.
- Tapis gambar-gambar yg diguna atau diletak di laman sosial. Jangan lansung ade kemungkinan merosakkan mata orang
- Jangan marah apabila ada ajnabi yang berurusan tak pandang kita (emm sebenarnya dia tengah hormati kita tau)
- Menarik perhatian agar dipandang orang lain, suka apabila diketahui kecantikan kelebihan sifat baik manis solehah terpuji dan sebagainya.

Chill awok-awok smua, you are amazing just the way you are.
Usah la rosakkan pemuda agama ni. Rendahkan pandangan kita, membantu diri kita, dan sebenarnye bantu mereka jugak tauu…

Ok...ade sambungannye lagi k...sikit lagi nk habis perkonsian ana kali nie..huhuhu sebelum lagi beberapa hari ana pergi sambung belajar!!

STAY TUNED..HUHU

Sumber dari Usrah Daiepreneur
-Pejuang agama Allah itu akan terus maju kehadapan,
dengan kamu,atau tanpa kamu.
~Hasan al-Banna~


Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular