#1 Tersuka Tanpa Sengaja


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 



Assalammualaikum & Hai readers..

Meh kita baca kisah nie....

Bila Mula Tersuka

"C'mon, u can do it!" Efa bersorak di tengah keramaian manusia. Semua orang berdebar, tunggu Bad mulakan langkah. Ini acara lompat tinggi, and kalau Bad menang acara ni, rumah sukan mereka akan menang. And Bad seperti biasa, akan berlari setempat dahulu, kemudian mendapatkan lajak paling selesa. Anddddd.... bum!,

Yayyy Bad menang
Tapi Efa yang paling happy, sebab...
Petang sebelumnya, Efa berjalan seorang di blok akademik, sebab tertinggal buku masa kelas petang tadi. Sambil berjalan sambil mengelamun, di satu selekoh selepas menaiki tangga, tiba-tiba seakan ada pergerakan laju yang membuatkan Efa refleks berhenti. Dia sangat terkejut memandang lelaki di hadapannya yang juga kelihatan terkejut. Lama mereka bertentang mata......sampai akhirnya iman masing-masing menjerit, lalu baik Efa mahupun lelaki itu terus berlari dalam arah berlawanan. Lelaki itu rupanya sedang exercise di blok akademik, sedang naik turun tangga. Dalam diam, jantung Efa berdegup laju. Perasaan apa ini....

Bila dah duk sorang-sorang, baru Efa kenangkan balik. 'Hmm siapa lelaki tu, nape tak pernah nampak pun.. Ya Allah sedap betul mata aku memandang.' Dia memang suka kalau ahli sukan, nampak stylo kuikui. Gayanya memenuhi citarasa Efa. Tegap, tinggi, sedap dipandang, paling utama, nampak soleh kuikui. Imannya cuba melawan. 'Bukan lahh, bukan suka tu. Haa sape suruh mata pandang mata, kan dah kena panah iblis' tapi hati yg lain brkata, 'Allahu, aku ni tak pernah rasa macam ni kat orang lain, special sgt perasaan ni. Ini ke Suka ya Allah?' Efa tersenyum.
Dan malam sebelum itu, Efa dan kawan-kawannya berada di khemah rumah sukan mereka. Menghias apa yg patut. Sedang 'sibuk' bergelak tawa, tiba- tiba Efa terasa sesuatu. Segera dia menoleh, dan bagai firasat, matanya bertembung dengan mata seseorang. Dia sedang berjalan melintasi khemah mereka untuk ke venue lompat tinggi. 'Aik, ni lelaki yg smlam tu kan,' bisik Efa dalam hati. Sebelum ni mereka tak pernah kenal. And tambah mekarkan harapan bila lelaki itu tiba2 senyum kepadanya, jantung Efa berdegup laju. Segera dialih pandangan dan istighfar dilantun. Jiwa mula berbunga2. "Eh hai Bad, nak pegi praktis ke? Leklok wey!" Kawannya Hani, menjerit ke arah lelaki itu. 'Oh, Bad rupanya nama dia.' Hmm okayy.
Dan pagi itu, setiap acara yang Bad masuk, Efa akan sorak. Tak terlepas satu pun. Dia akan tengok saja setiap larian Bad, ataupun ketika Bad sedang warm-up, atau pun masa Bad tengah rehat dengan kawan-kawan, sentiasa Efa mencuri pandang. Nak buat macam mana, tetiba rasa macam Bad satu-satunya manusia perfect dalam dunia. Dan apabila Bad dah menang pun acara lompat tinggi tu, Efa terasa sgt nak ucap tahniah. Tapi , hmmmmm tak ape lah.



Sedang Efa sibuk mengemas, tiba-tiba sekumpulan pelajar masuk ke bawah khemah. Semuanya geng atlet lelaki dan perempuan. Diorang nampak sangat gembira walaupun muka masing2 jelas letih, almaklum laa, rumah sukan mereka menang. Lalu Efa memutuskan untuk memberi lebihan makanan dan minuman kepada mereka. 'Ha, mintak tolong dia ni lah, nampak senyap aje' terdetik Efa bila lihat orang dihadapannya "Awak, tlong pas ni kat semua orang," kata Efa kepada lelaki yg paling hampir dengannya.
And bila lelaki tu pusing, Bad rupanya. Efa rasa nak jatuh menyembah bumi. 'Bila masa dia tukar baju?????’ Dengan tangan menggigil dan jantung berdegup laju, Efa segera menyerahkan semua makanan dan minuman. Terkadang, dia mencuri pandang ke arah Bad, mengharap Bad akan memandang dia. Tapi tak lansung, muka Bad membatu aje, sampai bila dah habis edarkan kat semua pun, Bad masih tak cakap apa2. Hati Efa mula rasa perit. Dia terus meninggalkan khemah itu. Hilang dah rasa nak ucap tahniah, atau ape-ape lah, ihhhhh

Trut trut
Vibrate telefon di sisi. Malasnya nak baca. Lalu butang 'Read' di tekan.
<Air aje ke, tahniah takde?>
'Baaaaaaaaaaaaaaadddddddd! Dia mesej akuuuuuuuuuuu' OMG ape nak buat ni aaaaaaa!!' Jerit Efa dalam hati.
'Ya Allah help me! Waaa tersuka!'

to be continued.....image


Ok dah hbis bacakan tadi tpi ade sambungan lagi k,,sabaryer.Drpd kisah tadi ana nak tnye sikit kt korang apa reaction korang eaaa,,mungkin citer biasa-biasa,dah cliche or lapuk.Hmm,,ok straigt to the point ana tahu benda-benda cam nie selalu jadikan.Sweet-sweet gitu,,haha tapi bukan hajat ana menulis kali nie nak sweet-sweet yer.Ok  meh kita tengok yg seterusnya….
Bermulalah cerita…
Ada yg melalui pandangan  mata,
Ataupun bila sapaan pertama,
Ada yg trsangkut dgn usikan kawan-kawan,
Ada yg terpikat selepas dgr cerita indah belaka
Atau pun, kerana budi bahasa,
Boleh jadi sebab rupa dia,
Atau pun dgn ketinggian ilmu dunia dan agamanya,
Atau kerana gayanya yg cool, stylo, macho hihi
Macam2 kisah sbgai pemula kisah yg lebih panjang
Alamak! saya dah TERSUKA!! 
Hahaha ok kita tengok lagi……...

Moment sweet tu....
Bila ada kebetulan2 yg bleh jadi kenangan forever
Bila dia tahu kewujudan kita
Bila di'like' atau terima 'comment' memuji
Bila terserempak di mana-mana, subhanallahhhhhh ini kah jodoh
Atau
Masa awal2 dia cuba kenal kita
Keluar pickup line, ayat2 sosweet dan teknik mengayat baek punya

Moment sweet kuasa dua tu....
Ternyata kita tidak bertepuk sebelah tangan
Sama-sama cuba sembunyikan perasaan
Kawan2 semua beri sokongan Dapat hadiahhhhh, or memberi hadiah
Rupanya, kita ini SUKA SAMA SUKA‼*tersipu malu
Ehhhh....Kejapppp 
Saya takat crush diam2 aje tapi
 Hanya mampu perhati dari jauh aje, 
Atau dari laman sosial yang ade Tapi tak dinafikan, hati ni rasa 'aneh' selalu.
Rindu?
~Entah.
Tak suka?
~Ehh tp suka
Dah tu?
~Tatauuuuuuu,,,huhu perasaan bercampur baurkan..

Okehh, kita cuba rungkai misteri rasa 'aneh' ni sama-sama
Taaaaapi ada SYARAT nya;
imageDoa supaya Allah mudahkan urusan dan izin serta redha dgn prkongsian ini
imageDoa supaya Allah campakkan hidayah dalam hati kita
imageLapangkan dada untuk melakukan perubahan demi diri sndiri.
imageFokus pada tujuan. Kalau bukan untuk diri sendiri, biar ilmu ini membantu orang terdekat.

Ok..tunggu sambungan seterusnya yer dgn perkongsian ana kali nie k,,

STAY TUNED….HUHU

Sumber dari Usrah Daiepreneur
-Pejuang agama Allah itu akan terus maju kehadapan,
dengan kamu,atau tanpa kamu.
~Hasan al-Banna~


Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular