Korang pilih Cinderella or Khaulah ?



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 

Assalammualaikum & Hai readers,,

Mesti korang semua tahukan yg Cinderella nie hidup dye amatlah menyedihkan kerana selalu dibuli oleh adik beradik tirinye tapi x lama kemudian hidupnye cukup lebih indah drpd yg dijangka kerana dipertemukan dgn Prince Charming idaman gadis-gadis,,wuuu.Boleh dikatakan cerita dongeng paling sweetlah sebab Prince Charming tu dapat jugak cari pemilik kasut yg tertinggal mse malam tari menari tu.Korang mesti mengimpikan kisah percintaan sweet cam tukan,,hihi.Ana rse lagi sweet kisah cinta Rasulullah dan Khadijah.


Hmm,,ana rse smpai situ je kot kisah Cinderella kita hari nie.Haha,,Sebenarnye hajat ana menulis kali nie bukan nak citer kisah Cinderella tapi kita sepatutnya patut bangga dan patut mencontohi seorang gadis mujahidah yg berani ini iaitu Khaulah Al-Azwar.Spe tu Khaulah Al-Azwar??
Ha! Meh sambung baca. 
Nama diberi Khaulah al-Azwar al-Kindi adalah sinonim dengan sifat keberanian dan kepahlawanan serta ketangkasan nenunggang kuda,sehingga namanya tecatat megah dalam sejarah.Khaulah telah dibesarkan dalam sebuah rumah keberanian,kemuliaan serta kewibawaan,mempunyai susuk tubuh tinggi lampai dan tegap.Ayahnya al-Azwar terbunuh ketika mempertahankan Rasul S.A.W.Khaulah juga adalah saudara perempuan kepada Dhirar bin al-Azwar,iaitu antara penunggang kuda yang terkenal dikalangan bangsa arab. 

Suatu hari Khaulah telah keluar bersama-sama saudaranya dalam satu pasukan tentera muslimin yang menuju untuk menakluki negeri Rom di bawah pimpinan Khalid bin al-Walid.Khaulah turut berjuang di dalam peperangan itu di samping kaum lelaki. 


Dalam satu pertempuran yang sengit,panglima Khalid bin al-Walid telah memerhatikan seorang penunggang kuda yang tinggi,seluruh mukanya bertutup,hanya kelihatan matanya sahaja.
Ternyata padanya tanda-tanda ketangkasan yang luar biasa,sedang dia berpakaian serba hitam dan di kepalanya berlilit satu imamah atau serban hijau,yang sisinya berjuntaian hingga ke dadanya,lalu dililitkan selebihnya ke belakang.Dia seringkali berada di hadapan lelaki,seumpama api yang marak membakar.

Khalid mengkagumi sikap pejuang itu.Maka dia bertanya kepada pejuang-pejuang yang berada disisinya.''Siapakah si penunggang kuda itu?Demi Allah dia adalah seorang penunggang kuda yang amat berani.''

Beliau terus memerhatikan cara serangannya ke atas tentera Rom,laksana api yang marak,lalu memecah-belahkan pasukan musuh dan memusnahkan penyusunan ketombokan mereka.Sejurus kemudian lembaga itu hilang di tengah-tengah kumpulan pejuang Islam lain dan terus bertempur bermati-matian,kemudian kelihatan kembali semula sedang lembing yang di pegangnya
bertitisan darah,entah berapa banyak orang yang sudah menjadi mangsanya.Dia kemudian terus menggempur askar-askar musuh tanpa perasaan takut atau gentar sedikit pun.

Sebenarnya kelakuan pejuang ini telah menarik perhatian kaum muslimin hingga menaikkan semangat serta meneguhkan lagi tekad mereka.Lalu berkata seorang pemuda bernama Rafik bin Umairah,''pejuang berkuda itu adalah Khalid al-Walid,panglima kita.''

Akan tetapi sangkaan Rafik tidak tepat apabila Khalid muncul secara tiba-tiba.Lalu Rafik bertanya pada Khalid.''Siapakah penunggang kuda yang bertarung di hadapanmu tadi,aku sangkakan kaulah penunggang kuda itu.''

Berkata Khalid,''demi Allah aku pun dari tadi telah memerhatikan pejuang itu,aku sendiri tidak mengenalinya.Aku kagum dengan keberanian dan ketangkasannya.''

Khalid berkata lagi,''wahai kaum muslimin!Satukan semua tentera dan bantulah si pejuang yang mempertahankan agama Allah itu!''

Maka bertempurlah tentera Islam yang di pimpin oleh Khalid al-Walid bersama pejuang berkuda itu,maka semakin bertambahlah semangatnya laksana api yang menjulang.Akhirnya tentera Islam mengecapi kemenangan yang gilang-gemilang.

Apabila pejuang berkuda itu kembali ke garisan tentera muslimin,kelihatan keseluruhan tubuhnya bermandikan darah.Lalu Khalid al-walid terus mengalu-alukannya seraya berkata,''semoga Allah memberkati susu yang kamu minum daripada ibumu sebagai pejuang yang mengorbankan diri di jalan Allah dan menunjukkan keberanianmu dihadapan musuh!''

''Siapakah kau sebenarnya?Bukalah kain penutup mukamu!''

Akan tetepi pejuang itu tetap tegak mendiamkan diri tanpa sepatah kata,maka salah seorang daripada tentera muslimin pun berkata,''wahai orang yang di muliakan!Panglima perang
berkata kepadamu,kenapa kamu hanya diam membisu dan memalingkn diri daripadanya?Perkenalkanlah dirimu,agar kamu mendapat penghormatan daripadanya.''

Malangnya pejuang itu masih membisu lalu menepuk-nepuk kuda dan terus meninggalkanKhalid bi al-Walid bersama tentera muslimin.Tindakannya ini telah membuatkan Khalid hilang kesabaran lalu menerpa ke arahnya,seraya menjerit,''biadap kau!Kau telah telah mengacau
hati orang ramai dan hatiku.Lebih baik kau perkenalkan saja dirimu dan dari mana kamu datang?''

Apabila pejuang itu melihat Khalid al-Walid begitu serius,maka dia pun menjawab dan kedengaran suara seorang wanita.''Aku tidak akan memalingkan mukaku daripadamu,melainkan kerana terasa malu,''kata suara lembut itu.

''Wahai panglima!Kau adalah seorang yang mulia dan besar kedudukannya,sedangkan aku seorang wanita yang selalu berlitup.''

Khalid al-Walid kagum dengan penjelasan daripada suara yang lembut itu dan terusbertanya,''siapakah kamu dan dari mana kamu datang?''

Suara itu menjawab,''aku Khaulah binti al-Azwar.Ketika aku sedang bersama-sama wanita lain,tiba-tiba datang satu berita memberitahuku,bahawa saudaraku Dhirar bin al-Azwar telah ditawan.Maka aku tidak dapat menahan kesabaranku,lalu aku terus menunggang kuda ke sini.
Sesungguhnya aku terpaksa melakukan apa yang telah aku lakukan ini.''

Khalid al-Walid merasa begitu kagum lagi dengan jawapan dan tindakannya itu.Lantas memuji-muji Khaulah atas keberanian dan keikhlasannya terhadap saudaranya itu.Maka Khalid berkata
kepada Khaulah lagi.''kita akak menggempur musuh sekali lagi selepas ini dan aku berdoa kepada Allah agar kita dapat menemui saudaramu,supaya kau dapt membebaskannya nanti.''

Penyertaan Khaulah dalam peperangan tidak berakhir di situ sahaja.Beliau telah menyertai beberapa peperangan selepas itu termasuklah peperangan yang berlaku di Syam.Dalam peperangan di Marj Dabik,saudaranya Dhirar telah ditawan sekali lagi.Khaulah sekali lagi telah menggempur barisan2 musuh.beliau juga turut serta dalan peperangan Antakia bersama tentera muslimin yang berakhir dengan kemenangan kepada tentera muslimin.

Selain itu,beliau juga turut telibat dalam penaklukan Mesir,sehingga namanya disebut-sebut semua orang.Beliau terus menjadi seorang perajurit Islam,sehingga beliau menemui ajal pada zaman pemerintahan Khalifah Othman bin Affan R.A.Khaulah telah meninggalkan namanya harum mewangi,yang bau-bauannya terus menerus di cium orang di sepanjang zaman.

~SUMBER : http://srikandiukm.blogspot.my/2011/01/srikandi-islam-khaulah-al-azwar.html

Kesimpulannya,kita sebagai muslim dan muslimah patut mencontohi Khaulah Al-Azwar agar dapat menjadi khalifah di ats muka bumi ini.Bukannya berangan-angan ingin menjadi seperti Cinderella yg hanya sebuah kisah dongeng malah lebih baik kita contohi sifat yg ada pada Khaulah. Tambah-tambah para muslimah patutlah menjadikan beliau sebagai idola kerana bagi ana seseorang muslimah juga boleh menegakkan kebenaran dan muslimah ini bukan sahaja mempunyai sifat kelembutan pada dirinya malah perlu ditonjolkan dgn sifat keberanian melawan musuh serta menegakkan Islam.Pepatah ada mengatakan kelembutan itu takkan pernah tewas dengan kekerasan.

sekian sahaja untuk kali ini

Wallahu'alam...

Ulasan

  1. Salam , suka baca entry ni . Thank you Raihana <3
    Follow awak ye.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular