Common Sense yg Tak Common



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 



Assalammulaikum & Hai readers,,

Ana ade join satu usrah or dipanggil bulatan ceria (Usrah Daiepreneur) di wasap.Ana rasa tak rugi ana join sebab banyak info islamik dan dapat mengeratkan ukhwah kita sesama saudara.Eh,,macam nak promote join pulak hihi tapi klau ade spe2 yg berminat boleh la pm ana di email.Serius best klau korang join memang bermanfaat.Hahaha,,semangat sungguhkan ana promote,,hihihi
 By the way,baru-baru nie dalam grup bulatan ceria tu kami ade membincangkan tajuk nie lah Common Sense yang Tak Common.Pelik?? Common sense (akal) tu mesti korang tahukan tpi mesti korang tertanya-tanyakan kenapa tak common?? Haa kenapa erk,,,??
Ok,,meh-meh nak citer.Common sense nie 
imagebenda yg tak diajar kat sekolah,
imagepractical manners upon situation,
imagehow we react in a particular situation,
imageperkara kecil yg kita sangka tak penting,
imagesesuatu yg berkaitan akhlak mulia,
sahsiah terpelihara,adab power,,ecehh over pulak.
Yes semua tu betul!
image



Spe setuju yg skrang nie kebanyakan orang tak sedar yg common sense nie sebenarnye perkara kecil yg kita sangka tak penting,tapi perkara kecil itulah yg membuatkan kita jadi orang yg penting.Jiwa orang yg beriman itu mesti peka dan sensitif,maknanya disini,kita sebagai umat Islam yg ingin meningkat lagi iman haruslah sentiasa cakna dengan keadaan sekeliling dan ia sangat berkait rapat dengan topik kita iaitu "Common Sense yg Tak common".Akhlak yg patut kita ubah dari sekarang.Hmmm,, masih tak faham lagi maksud ana,ok contohnye situasi  macam nie katakanlah ada seorang gadis nih tengah tunggu bas ade urusan penting.Kalau korang semua ade urusan mesti korang pakai baju lawa,wangi-wangi,smart gitu & bersihkan.Pastu adelah seorang Uncle nie merokok kt situ,so habis pakaian gadis tu bau rokok ermmm,,,kalau korang la seorang perokok tu korang akan buat ape?? Hmmm,,,tindakan yg Uncommon or sesuatu yg luar biasa ( x sepatutnya ) Uncle tu boleh buat relek je kat orang ramai.Rokok pulak kat depan orang dan bahayakan kesihatan orang lain.Hmm,,x patutkan.Yg lebih baik adalah Common Sense or yg berakal (Sepatutnya) macam nie Uncle tu kalau boleh merokok la dekat tempat yg takde orang or nak sangat merokok tengok sekeliling dulu ade orang ke tak ataupun lagi bagus x payah merokok lansung is better.Ok yg tu common sense berkaitan dengan inisiatif kita serta adab kita kepada orang.


Ok situasi tadi kita tidak boleh menunding jari kepada Uncle tu je tapi kita nie juga berperanan menasihati uncle tu dengan cara baik supaya dia tidak merokok di khayalak ramai.Bukannya mengutuk tindakannaya or menengking & marah Uncle tu kerana ia boleh menimbulkan kekecohan serta pergaduhan dan bagi ana tidak manis dan tidak beradab seseorang bersikap begitu.
Ok meh kita tengok Cara Teguran Rasulullah yg Berhikmah,,

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Anas, ia berkata 
"Ketika kami barsama Rasulullah S.A.W di dalam masjid,datang seseorang dari kampung.Ia berdiri dan kencing di dalam masjid.Para sahabat berkata dengan marah.Rasulullah S.A.W bersabda,"Tidak perlu kamu memotong agar dia berhenti kencing.Biarkan saja dia!"

Maka mereka membiarkan sampai ia selesai kencing.Setelah itu baginda memanggilnya dan bersabda kpd orang dusun itu,"Sesungguhnya masjid-masjid seperti ini tidak layak untuk membuang kencing dan kotoran.Masjid adalah tempat untuk berzikir kepada Allah,mendirikan solat dan membaca
Al-Quran."Sesudah itu baginda menyuruh seseorang mengambil gayung lalu disiramkannya tempat tersebut.Cuba bayangkan kalau masa tu Rasulullah tak ada pada situasi itu mesti orang lain yang ada dalam masjid tu dah kejar orang tukan pastu orang yg kencing tadi mesti kelam kabut lari sampai tak sempat habiskan air kencingnya dan air kencing tu mesti mengotorkan masjid so sebab itulah Rasulullah buat macam tu.Rasulullah bijak bertindak dan Common Sense macam gini lah patut dicontohi.Terbaiklah,,ana respect!

Ana sajikan contoh seperti ini agar kita tahu seberapa jauh tahap kesedaran berbudaya dikalangan orang Arab pada ketika itu.Dalam menghadapi masalah seperti yg dinyatakan tadi,Rasulullah S.A.W menempatkan dirinya sebagai seorang pendidik.Baginda tidak memotong perbuatan seseorang sebelum ia menyelesaikannya,meskipun perbuatan itu kurang terpuji.Hebatkan Rasulullah,,

Sebelum ana habiskan penulisan ana kali ini,ana nak kongsi satu hadith
Nabi Muhammad pernah bersabda:
"Kamu melihat orang yang beriman dalam berkasih sayang,hubungan cinta mereka dan saling berbuat baik sesama mereka adalah satu tubuh.Apabila ada bahagian yg terasa sakit,satu badan juga turut tidak boleh tidur dan merasa demam"
~Riwayat Bukhari~

Fuhh,,sweet je hadith niekan,,Hal ini juga membawa maksud bahawa orang yg beriman akan sentiasa saling menolong antara satu sama lain & sentiasa bersatu hati.Kesimpulannya,marilah kita manfaatkan common sense yg korang ada dengan sebaik-baiknya dalam menghadapi situasi dan kehidupan seharian supaya diredhai oleh Allah,,

Wallahu'alam.


Ulasan

  1. Selalu orang cakap "alah common sense jer bende tu". Macam simple sangat lah kan benda tu. Hihi ! Setuju dengan ana, if org tu merokok, kita tegur la dengan sebaik mungkin. Thanks sharing ana this entry. Sangat bermanfaat. ♥

    BalasPadam
  2. Jazakillah khair sharing awak. Sangat bermanfaat ;)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular