Kenapa 15-30 minit sebelum masuk waktu zohor kita diharamkan melakukan sebarang solat??


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 


Assalammualaikum and hye readers,,
hari nie ana ade ilmu sikit nak kongsi dgn korang.Ana dpt dari Wasap grup so nak kongsi cikit kt sini.Mesti korang tertanya-tanyakan dgn tajuk ana tu kenapa yer??
Ha!Kalau korang nak tahu bacalah entry nie smpai habis yer,,

Jawapanye sebab,,,


1. Ketika itu matahari berada di kemuncak langit sebelum gelincir (masuk Zohor). Disebut juga waktu rembang.

2. Waktu ini diharamkan solat sunat apa pun kecuali:
   
    Pada hari Jumaat bagi lelaki yang hadir solat Jumaat
    Berada di masjidil haram (Mekah, Madinah dan al-Quds)

3. Waktu ini, jin & syaitan sedang mengambil tenaga mereka kerana ciptaan mereka dari unsur api. 
Dengan pancaran matahari yang kuat, tenaga mereka bertambah dengan cepatnya (recharge). 

4. Ketika ini jugalah, ahli sihir membuat dan 'menuju' ilmu hitam mereka selain pada waktu tengah malam. - menurut Ilmu Perubatan Islam.

5. Manusia pula sebaliknya. Ketika ini, badan berada pada tahap paling lemah. 

Maka Islam menggantikan ibadat solat sunat dengan tidur sunat yang namanya Qailulah untuk            tujuaan kecergasan fizikal dan juga rohani.

6. Qailulah 15-30 minit sebelum Zohor. Itu yang terbaik.

7. Qailulah juga antara cara untuk awet muda. Kerana ketika tidur, segala tekanan kerja dan kehidupan di siang hari dilepaskan secara semulajadi.

8. Ikuti sunnah, pasti berkah.

___________

Untuk point ke-3 dan ke-5, Nabi SAW bersabda:

"Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak melakukan Qailulah."
************
Rahsia disebalik tidur sejenak sebelum solat Zohor:


[U]فوائدالقيلوله الصحيحة[/u] 
قال النبي صلى الله عليه وسلم: (قيلوا فإن الشياطين لا تقيل
قال الجوهري:هي النوم في الظهيرة والمعروف أنه من شروطها أن تكومن قصيرة.
وقد أتى العلم الحديث ليؤكد فوائد القيلولة في زيادة إنتاجية الفرد،ويحسن قدرته على متابعة نشاطه اليومي.

Maksud Hadis:

syaitan tidak melakukan Qailulah, Oleh itu itu orang-orang Mukmin yang melakukan Qailulah atau tidur sejenak sebelum solat Zohor selama 10-40 minit akan memperolehi kerehatan yang cukup, sehingga membolehkannya melakukan ibadat dengan sempurna sepanjang hari.


Sabda Rasulullah s.a.w "Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailulah" (Riwayat at-Tabrani)



Apa itu Qailulah ?

Qailulah ialah tidur sebentar pada siang hari.



Bila waktu paling sesuai untuk amalkan Qailulah ?

Mengikut pengalaman mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, waktu paling baik ialah antara pukul 12 tengahari sehingga sebelum Zohor. Namun boleh juga dilakukan selepas Zohor.


Apakah kelebihan atau Kebaikan Qailulah ?

Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengantuk, insyaAllah.


Qailulah @ tidur sekejap waktu tengahari akan memudahkan kita untuk bangun malam dan berqiamulail.



Orang barat memanggil Qailulah sebagai "nap". Di negara barat biasanya "nap" dilakukan dari pukul 2-4 petang. Hasil kajian menunjukan amalan "nap' waktu tengahari dapat mengelakkan penyakit jantung.



Menurut kajian lagi, manusia perlu berehat setelah 6-8 jam berjaga. Kita orang Islam akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat subuh. kalau dikira dari waktu subuh hingga pukul 12-1 tengahari, ia sudah cukup 7-8 jam kita berjaga. Jadi Qailulah @ nap ini adalah sangat-sangat berpatutan untuk dilakukan pada masa itu. Ia sangat sesuai denga fitrah badan manusia.



Menurut mereka yang istiqamah mengamalkan Qailulah, sebaik bangkit dari Qailulah, kita mungkin akan pening sedikit selama 5-20 minit. Tetapi selepas itu, kita akan mendapati perubahan mendadak dari segi emosi, 

kecerdasan dan fokus.
Sama2 la kita qailullah@nap sekejap sblm zohor .😊😃





Wallahu'alam

Ulasan

  1. Anda telah ditag

    http://misskitty12.blogspot.my/2016/03/segmen-cek-ungu.html

    BalasPadam
  2. thanks for the great info, alhamdulillah berguna for me :)

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah thanks utk perkongsian Qailulah, new knowledge will be practice :)

    BalasPadam
  4. Thanks for sharing. ☺ Allah itu Maha Kuasa, dia datangkan kita perasaan mengantuk di siang hari untuk kita tidur, rupanya ada kebaikan disebaliknya. Subhanallah. ☺

    BalasPadam
  5. OHH..sebab tu.. tq ye sis.. saya da follow sis

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular