Anda Yg Mana Satu??



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 



Assalammualaikum & Hai readers,,
Wahaha,,dah beberapa hari ana x update entry.Hari nie bru berkesempatan nk kongsi ilmu sikit kt korang semua.Ilmu nie memang korang selalu dengar dan yg paling penting dalam kehidupan seseorang muslim & muslimat dan menjadi tiang utama dalam Islam.Tanpa perkara utama ini hidup x akan jadi lengkap kerana kehidupan yg sempurna dimulakan dgn SOLAT.
Mesti korang rasa "ala pasal solat nie dah tahu x payah la nk citer"Ish-ish cuba korang renung balik cukup ker ilmu pasal solat nie aku belajar??
betul ker cara aku solat selama nie??
ikhlas aku menghadap Allah??
On time ker aku solat??
Ha! renung-renungkanlah,,

Berbalik pada tajuk ana tadi anda yg mana satu??
So ana nk citer sikit ada lima kriteria dalam batasan solat:

Mua'aqib (pengintai)
Mereka yg termasuk dalam kelompok ini adalah orang yg mengaiaya diri sendiri kerana solatnya selalu kekurangan,baik dalam wuduknya,pelaksanaan solatnya mahupun rukun-rukunnya.

Muhasib (penghitung)
Orang yg mampu menyempurnakan wuduknya serta memerhatikan tertib solat dan rukun-rukunnya.Namun mereka x mampu menguasai hati khusyuk menghadap Allah.

Mukaffar'ahnu ( penerima ampunan )
Mampu memperhatikan tata tertib,rukun-rukunnya dgn pelaksanaanya baik dalam wuduk mahupun solatnya.Mereka selalu berjuang menguasai hati supaya khusyuk menghadap Allah.Mereka berusaha dan berperang melawan nafsu.

Mutsab (penerima pahala)
Mampu menyempurnakan segala kewajipan,rukun-rukun dan hatinya sibuk menjaga solatnya daripada lalai.Seluruh potensi yg ada dikerahkan bagi mendapat solat yg sempurna.

Muqarrabmin Rabbihi (peraih kedekatan dgn Tuhan)
Kelompok ini diperingkat Mutsab ditambah dgn usaha menempatkan diri hadapan Allah yg Maha Agung.Mereka selalu muraqabah dan mahabbah kepadaNya seakan-akan mereka melihat Allah secara lansung dan hadir dihadapan Allah secara nyata.Mereka mampu mengendalikan hati hingga mereka sentiasa khusyuk mengerjakan solat.Kelompok ini berada pada tahap yg istimewa.

Renung-renungkanlah,,
Pesanan ana peliharalah solatmu,semoga Allah pelihara hidupmu dgn cahaya nur daripadaNya
Yg baik itu datang daripada Allah,yg lemah itu datang daripada diri ana sendiri

Wallahu'alam






Ulasan

Catat Ulasan

Catatan Popular