Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Assalammualaikum,,hihi hri nie bru nak bkak slpas dh beberpe hri thun bru 2016
apa2 un SELAMAT TAHUN BARU
 Inilah wadah pertama buat tahun 2016

Hmm,,korang mesti ade azam barukn untuk tahun nie so hri nie ana nak berkongsi cerita pasal rezeki.
Cakap pasal rezeki nie ana adelah beli sebuah buku nie bertajuk


Buku ini memang menyentuh hati saya dan sesuailah buat wanita muslimah
So berbalik dgn perkongsian sye tentang ade kisah yg diceritakn dlm buku ini tentang rezeki.
Seorang wanita janda yg kehilangan suaminya dan ditinggalkan olehnya anak2 yg masih kecil hidup serba kekurangan kerana tidak memiliki pendapatan yg mencukupi.Beliau terpaksa berjimat cermat dgn membelanjakan baki harta yg ditinggalkn oleh suaminya.Suatu hari beliau  terdengar siaran radio daripada seorang syeikh berkonsi ilmu tentang Rasulullah telah bersabda:

"Barang siapa yang banyak membaca istighfar,nescaya allah akan menjadikan baginya jalan keluar dari setiap kesusahanya dan menjadikan kelapangan dari setiap kesempitanya"

Setelah itu beliau sentiasa beristighfar dan beliau juga menyuruh anak-anaknya untuk melakukan perkara yang sama.Hasilnya ,tidak lebih dari enam bulan beliau mendapat tawaran projek untuk barang yang beliau miliki dengan keuntungan wang berjuta-juta.Alhamdulillah juga anak pertamanya dapat masuk ke sekolah tahfiz yang berada di daerahnya.Anaknya berjaya menghafal Al-quran dan menjadi pusat perhatian dan simpati orang ramai.Kini lenyaplah segala kesusahan, kecemasan, kesedihan yang dialaminya selama ini dengan menjadi wanita yang paling bahagia kerana menghidupkan jiwanya dengan sentiasa mengingati Allah iaitu BERISTIGHFARLAH,,,,

sekian wadah ana pada kali ini ana harap para pembaca dpt mengambil iktibar dari kisah ini dan ana ingin berpesan bahawa istighfar itu juga dapat membawa rezeki drpd Allah,,WALLAHU'ALAM














Ulasan

Catatan Popular