Amalan Zikir Bersihkan Hati

by - Ogos 22, 2019


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 




Assalammualaikum and hye guys..

Semua readers sihat? Sis alhamdulillah sihat..ok what's topic for today yer..? الزكر (zikir) adalah satu amalan harian selain membaca al-quran yang boleh dilakukan bila-bila masa. Kebiasaanya dilakukan setelah selesai solat kan. Hari ni Sis nak cerita la sikit tentang zikir ni. Zikir ni ada tiga bentuk iaitu 
Zikir Qauli, Zikir Fi'li dan Zikir Tafakkur.

Zikir Qauli ialah zikir yang menjadi kebiasaan iaitu dengan menyebut Subhanallah, Alhamdulillah, Lailahaillahlah, Allahuakhbar...

Zikir Fi'li pula ialah kita ingat Allah semasa kita sedang buat sesuatu. Contoh tengah kerja kita sentiasa ingat Allah ada dengan kita walaupun keseorangan.

Zikir Taafakkur adalah memuji kebesaran Allah apabila tengok keindahan alam. 

Antara kelebihan berzikir adalah:

1. Memberi ketenangan jiwa apabila dalam keadaan stress

2. Menguatkan anggota badan dan fizikal bermula dari hati

3. Melahirkan pemikiran yang positif 

4. Allah banggakan orang berzikir dihadapan malaikat, dan tinggikan darjatnya.


Jadi marilah kita sama-sama berzikir tak kisah la walaupun seminit luangkan masa untuk ingat kepadanya terutama selepas solat. Walaupun penulisan ini amat cliche dan sudah menjadi kebiasaan bukankah dakwah itu luas dan bebas walaupun satu ayat amatlah berguna untuk manusia sejagat.

Setakat ini dahulu penulisan sis untuk kali ni. Jika ada yang nak komen or berkongsi ilmu bolehlah komen di bawah yer..

Lots of Love Wadah Raihana.

Wallahu'alam.

You May Also Like

5 ulasan

  1. Thank you for writing this❤

    BalasPadam
  2. Terima kasih berkongsi. mari sama sama kita berzikir. Rika dtg membalas kunjungan dan follow. cantik blog. kemas. header tu buat sendiri ke? cantik.. keep a nice work.

    BalasPadam
  3. Thank you! sya dapat belajar benda baru :)

    http://mylittlestoryi.blogspot.com/2019/07/do-you-listen-to-kdrama-ost.html

    BalasPadam
  4. Nice sharing dear! Zikir mampu menenangkan hati dan mengingatkan kita ttg betapa kerdilnya kita sebagai hamba depan segala kekuasaan dan kebesaran Allah ;)

    Anyway, done follow you! Mind to follow me back sis? :D
    https://koxtau.blogspot.com

    BalasPadam

Copyright© All Rights Reserved wadahpencintailahi.blogspot.com 2012-2019 and Malaysia