Akhlak Yang Mantap ( Kesopanan Diri Mencerminkan Akhlak )

by - Julai 18, 2019



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ


Assalammualaikum and hye guys...

Salam Jumaat barakah, orait untuk topik kali ini sis akan kupaskan tentang isu akhlak pemuda-pemudi pada zaman sekarang terutamanya generasi 2000-an. Dalam pemantauan dan pemerhatian Sis ramai dari generasi mereka lebih aktif dan lasak serta bebas dalam pergaulan mungkin zaman sekarang banyak terdedah dengan teknologi, tutur kata dan sikap pun tidak dijaga. Namun begitu, kita tidak patut menyalahkan zaman mereka juga kerana ia bermula dari tarbiyah seseorang dari ibu bapa sendiri jika salah haluan atau kurang didikan atau kasih sayang membuatkan mereka berasa ingin mencari kawan dan sesuatu yang seronok hinggakan membuatkan mereka lalai. Jadi sesebuah institusi keluarga juga memberi impak yang utama dalam sikap dan akhlak seseorang pemuda-pemudi. 

Bukan sahaja pemuda-pemudi bahkan semua lapisan masyarakat di Malaysia perlulah berubah untuk maju kehadapan 2020 agar Malaysia terkenal dengan kesopanan lemah lembut dalam tutur kata seperti negara Jepun. Ramai masyarakat memang baik-baik belaka sopan santun tetapi tidakkah kalian terfikir bahawa adakah melalui akhlak yang baik iaitu (fizikalnya) manakla hatinya (dalamnnya) siapa yang tahu bak kata orang melayu hati masing-masing kan. Kita sebagai manusia juga perlu bersangka baik terhadap perlakuan baik seseorang itu kepada kita tetapi dalam masa yang sama perlu berhati-hati jika ada niat yang tidak baik oleh seseorang itu. Setelah itu percakapan kadang-kadang tidak sama dengan hati jadi bagaimana nak tahu isi hatinya mata perlulah pandang seseorang sewaktu bercakap barulah kita sedar bahawa diri seseorang itu mempunyai hati yang ikhlas dan baik kerana mulut juga boleh jadi tajam kerana tanpa sedari seseorang itu mengungkapkan kata-kata yang tidak baik.

Setakat ini dulu penulisan Sis untuk kali ini kalau ada yang nak perbetulkan tulisan atau fakta saya silalah atau berkongsi pengalaman boleh komen dibawah yer. Lots of Love Wadah Raihana.

Wallahu'alam.

You May Also Like

1 ulasan

Copyright© All Rights Reserved wadahpencintailahi.blogspot.com 2012-2019 and Malaysia