Identiti Diri

by - Mei 16, 2019



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ


Assalammualaikum dan salam ramadhan semua.

Di bulan ramadhan yang penuh mulia ini dapatlah kita bersama-sama menjalani ibadah puasa dan menyucikan hati agar menjadi lebih baik dari sebelumnya. Bercakap tentang ramadhan 1440H kali ini marilah kita menginfakkan amal ibadah dan rasa syukur kita kepada ibu dan ayah agar kita lebih menyedari identiti diri kita yang sebenar.

Apa yang membentuk identiti seseorang adalah antaranya sistem kepercayaan, kerjaya, pilihan sendiri, kebiasaan, material, keluarga, kawan-kawan, minat, penampilan, sistem nilai atau hobi kita?
Haaa..pikir-pikirkanlah.

Lima tanda diri kita ini beridentiti iaitu akidah yang mantap, minda yang tajam, istiqamah beramal, akhlak yang terpuji dan berketrampilan kemas. contohnya jika kita berasa diri kita kurang mendapat perhatian itu biasa bagi seseorang manusia tetapi bagi seseorang manusia yang normal dan percaya kepada dirinya sendiri itulah diri anda.

Dari sudut islamik pada zaman hijrah Rasulullah dan para sahabat juga dapat dijadikan tauladan untuk kita semua iaitu hijrah dari Makkah ke Madinah. Kedua, ashab al-Kahfi 
(surah al-Kahfi: 18) kisah ashab al-kahfi yang berdepan ancaman syirik lalu bersembunyi di dalam gua dan yang ketiga para pemuda generasi kini juga dapat membuat penghijrahan daripada perkara yang mungkar kepada Islam.

Apakah pelan tindakan diri seseorang itu spiritual antaranya melaksanakan ibadah wajib dengan sempurna dan niatkan segala perbuatan ikhlas kerana Allah. Dari segi mental penuhi ilmu agama untuk beramal dan tuntutlah ilmu keduniaan untuk menjadi khalifah,  Dari segi emosi berazam menyayangi Allah, Rasulullah, Diri Sendiri dan orang sekitar. Dari segi fizikal menjaga kesihatan dan penampilan selari dengan syariat Islam dan bergaul dengan orang soleh dan berjaya.

Setakat ini sahaja penulisan saya kali ini, untuk pertanyaan atau 
persoalan boleh komen dibawah.

Lots of Love Wadah Raihana.

Wallahu'alam. (Sumber rujukan majalah Gen-Q)

You May Also Like

1 ulasan

Copyright© All Rights Reserved wadahpencintailahi.blogspot.com 2012-2019 and Malaysia