Its ok to be hurt, You are only 18 years old

by - Mac 02, 2019




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ 




Assalammualaikum and hye guys...
Macam biasa cuti semester baru ada masa nak sambung tulis blog hihihi
sempat lagi kan nk ucap happy new year..dah 2019 cepat masa berlalu kan.
Ok whats topic for today? tak mengapa kalau sakit sebab kamu baru 18 tahun..
nak cakap kat sini topic hari ni tidak ada kaitan dengan saya yerrr sebab umur saya 
dah nak masuk 21 hahaa tua kan..my purpose to write this sebab pada tahap umur 18
tahun la kita baru nak matang dan fasa mengawal emosi dan saya sendiri telah melepasi 
tahap itu dan pada umur saya sekarang emosi dan kematangan saya menjadi lebih baik.

Time saya umur dalam linkungan 18 tahun hingga ke 20 tahun macam-macam 
jadi dalam proses diri saya mencari identiti yang sebenar dan pelbagai masalah kecil sahaja
telah membuatkan saya berfikir macam-macam dan terlalu negatif. My opinion is ok to be like 
that pada umur korang tahap itu sebab setiap orang mempunyai alasannya tersendiri dan belajar untuk mengawal emosi supaya ia tidak terkesan pada orang lain. To me sampai umur saya sekarang pun masih belajar memperbaiki diri dan cuba untuk memperbaharui niat kita sebagai seorang manusia yang memberi aura positif. Bercakap tentang aura positif ia boleh dibentuk dari diri kita sendiri dan jika aura negatif itu timbul cuba untuk elak menjadi mangsa kepada orang lain dan membuatkan orang lain akan negatif juga terhadap kita.

Contoh Sis beri analogi, dalam situasi kita dibuli oleh oleh seorang rakan kita. Apabila dalam situasi sebegitu sebenarnya diri kita sendiri yang nak masuk dalam situasi negatif itu. Perasaan rendah diri, takut terhadap orang yang lebih berkuasa daripada kita itu yang membuatkan kita terjerumus untuk menjadi mangsa dalam situasi negatif rakan kita. Samala macam orang pandang negatif pada kita sebab diri kita yang wujudkan aura negatif itu. Jadi, ia bermula dari diri kita sendiri untuk menjadi seorang insan yang sentiasa hidup dalam keadaan bahagia dan positif tetapi tidak semestinya bahagia itu sentiasa ada kerana hidup itu adalah roda dan ia ujian buat kita untuk menjadi lebih baik.

Okayy sekian dari Sistur rai kali ni. Percayalah bahawa sakit itu hanya sekejap dan ubatnya adalah dengan mengingati Allah. Kalau nak tanya soalan ke..ade yang terkurang ke dalam penlisan Sis ni tegurlah ye kat komen.
Lots of Love Wadah Raihana.

Wallahu'alam.

You May Also Like

0 ulasan

Copyright© All Rights Reserved wadahpencintailahi.blogspot.com 2012-2019 and Malaysia